dictation | rencana/imlak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sesuatu yang dibacakan dengan kuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk ditulisnya. |
blood transfusion | transfusi darah | Sosiologi | Tiada | Pemasukan sejumlah darah yang diperoleh daripada seseorang kepada seseorang yang lain yang darahnya kurang dari segi kuantiti atau mutu. |
person-to-person dictation | rencana perseorangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembacaan rencana yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain. |
point-multipoint communication | komunikasi tempat ke tempat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Komunikasi melalui komputer daripada seseorang kepada seseorang yang berada di tempat lain. |
point-to-point communication | komunikasi tempat ke tempat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Komunikasi melalui komputer daripada seseorang kepada seseorang yang berada di tempat lain. |
contract of permission/pertaining to do a work | akad memberi izin | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad pemberian kuasa daripada seseorang kepada seseorang yang lain untuk menguruskan dan melaksanakan sesuatu kerja bagi pihaknya. Pihak yang menerima kuasa boleh menuntut upah sebagai bayaran terhadap kerjanya. Contohnya, melantik wakil dan melantik pegawai dalam akad wakalah. |
fraudulent delivery | penghantaran palsu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Apabila seseorang penghantar muatan menyerahkan barangan kepada seseorang yang menyamar sebagai ejen syarikat pengangkutan maka barangan itu dianggap tidak diterima oleh syarikat tersebut. Apabila pengangkut menghantar barangan kepada seseorang yang menyamar sebagai ejen penerima maka penghantaran itu dianggap tidak sah dan syarikat pengangkutan bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut. |
fraudulent e-mail | e-mel tipu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sejenis penipuan yang dilakukan secara sengaja dengan menggunakan e-mel sebagai medium untuk mengaut keuntungan atau mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu atau organisasi. Contohnya, e-mel yang dihantar kepada seseorang berkaitan dengan pewarisan harta walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan harta tersebut. |
الهديه | hadiah | Agama Islam | Fiqh | Pemberian kepada seseorang sebagai penghormatan kepadanya. |
الحافظ | Ḥafiẓ | Agama Islam | Hadith | Gelaran kepada seseorang yang lebih tinggi martabatnya daripada muhaddith dengan kebolehan menghafaz Ḥadīth yang lebih banyak sanad dan matannya. |