Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political decaykebobrokan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun.
crisis managementpengurusan krisisKomunikasiKorporatProses dan kaedah menangani krisis dalam organisasi atau negara yang dijangka boleh meninggalkan kesan negatif jangka panjang. Sekiranya tidak ditangani secara sistematik, krisis boleh menjejaskan reputasi organisasi atau negara. Pengurusan krisis dilaksanakan bagi memulihkan citra yang telah tercemar akibat kecuaian, kesilapan, kemalangan, atau sabotaj terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi. Proses dan kaedah ini boleh dilaksanakan sendiri oleh organisasi atau melalui pihak perunding. Pencemaran citra boleh menyebabkan berlakunya krisis ekonomi, krisis keyakinan, dan krisis kewibawaan kepada organisasi atau negara. Penyebab berlakunya krisis seperti dakwaan pihak tertentu terhadap barangan untuk khalayak muslim yang sumber bahannya tidak halal, bekalan tenaga dan air untuk para pengilang atau pengusaha industri minuman dan makanan yang sering terganggu, serta kecacatan terhadap barangan eksport.
International Monetary Fund (IMF)Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan pada tahun 1944 di Persidangan Bretton Woods bagi menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa dan mewujudkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan melalui sistem kadar pertukaran dan pembayaran antarabangsa agar setiap negara dan warganya boleh membuat transaksi antara satu sama lain. Tabung Kewangan Antarabangsa juga memberikan pinjaman kepada negara anggota yang menghadapi krisis ekonomi dan kewangan.
civil-military relationshubungan awam-tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik
national interestkepentingan nasionalSains PolitikPolitik PerbandinganPerkara utama yang melibatkan keselamatan, kekuatan ekonomi, tahanan dan pembangunan. Kepentingan ini perlu dipelihara untuk mewujudkan dan membantu pemerintah membentuk sebuah negara yang aman, selamat dan maju. Contohnya, sewaktu krisis kewangan 1997, kerajaan Malaysia mengambil langkah menyekat pengaliran keluar wang negara dalam jumlah yang besar.
recessionkemerosotanSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan ekonomi sesebuah negara yang sedang mengalami kemerosotan atau kegawatan. Dalam keadaan ini, pendapatan negara jatuh dengan ketara, tingkat eksport negara merosot, nilai wang jatuh, kadar kemiskinan dan stagflasi bertambah. Aktiviti perniagaan menjadi lemah apabila semakin banyak perniagaan terpaksa ditutup kesan daripada pulangan yang tidak memberangsangkan. Pertambahan bilangan peniaga yang bankrap menyebabkan kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja meningkat. Keadaan ini memberi impak kepada perkembangan politik sesebuah negara. Contohnya, kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997- 1998 telah mencetuskan krisis politik dalaman negara Indonesia dan Malaysia. Sinonim kemelesetan.
legal sanctionisbat undang-undangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan berbentuk diplomatik, ekonomi atau ketenteraan yang dilakukan melalui sistem keselamatan kolektif yang bertujuan untuk menghukum pihak yang melanggar undangundang antarabangsa. Piagam PBB memperuntukkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan terhadap negara yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan menggunakan ketenteraan seperti pengepungan melalui jalan darat dan air, manakala isbat undang-undang tanpa ketenteraan pula adalah dengan cara memutuskan sepenuhnya atau beberapa aspek hubungan ekonomi dan komunikasi atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara terbabit. Majlis Keselamatan PBB pernah melakukan embargo ekonomi terhadap Rhodesia pada tahun 1966 setelah mengisytiharkan keadaan dalaman yang melibatkan krisis iredenta isbat undang-undang perkauman negara tersebut yang mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa.
Organization of African Unity (OAU)Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1963 di Addis Ababa. Keanggotaannya meliputi negara di benua Afrika dan tujuannya adalah untuk memajukan dan menggalakkan perpaduan dan pembangunan ekonomi dalam kalangan negara Afrika yang baru merdeka. Selain itu, pertubuhan ini juga berusaha mempercepat kemerdekaan bagi negara Afrika yang masih dijajah. Pertubuhan ini mengiktiraf kedaulatan negara Afrika dan menjalankan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal domestik sesebuah negara. Secara umumnya, organisasi ini tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk campur tangan dengan berkesan dalam sebarang krisis yang melanda negara Afrika. Sinonim OAU.
external environmentpersekitaran luaranPentadbiranPentadbiran Awam

Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran.

menaceancamanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahaya yang boleh berlaku sama ada di darat, di laut atau di udara yang boleh memberikan kesan mudarat kepada sesuatu pihak atau negara lain yang berada di sesuatu kawasan atau yang mempunyai kepentingan di kawasan tersebut. Contohnya, kegiatan lanun merupakan satu ancaman yang sering berlaku di kawasan perairan yang boleh mengancam keselamatan kapal dagang dan nelayan. Contoh lain ialah keganasan yang berlaku di sesebuah negara yang mengalami krisis boleh memberikan ancaman ekonomi dan perdagangan terhadap negara lain yang mempunyai hubungan dua hala dengan negara berkenaan. Triti antarabangsa yang dibentuk bagi menangani ancaman-ancaman ini, antaranya ialah Konvensyen Undang-Undang Laut PBB dan Konvensyen untuk Menindas Tindakan Salah terhadap Keselamatan Pelayaran Maritim.

Kembali ke atas