Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.rap] | ممرڤ

Definisi : meminta sesuatu dgn memaksa (kanak-kanak), merengek utk men­dapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.rap] | ممرڤ

Definisi : mengepak-ngepakkan (mengirai-ngiraikan) sayap, menggelepar (ayam, itik, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.rap] | ممرڤ

Definisi : 1. mengurung (menyem­bunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluar­keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. membiarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.rap] | ممرڤ

Definisi : membiarkan daging, ikan dsb bercampur atau bergaul dgn rempah, herba, cuka, garam dll supaya bersebati: Ibu ~ daging dgn pelbagai jenis rempah sebelum memasaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perap
Kata Terbitan : memerap, terperap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marinateperapPentadbiran PerniagaanTiadaMerendam atau memerap bahan makanan seperti ikan dan daging dalam campuran seperti halia, kicap dan minyak sebelum dimasak.
marinadepemerapMakanan dan PemakananMakananCampuran bahan seperti minyak, herba, sos dan rempah-ratus untuk memperkaya rasa dan melembutkan bahan makanan sebelum proses memasak. Campuran bahan ini lazimnya digunakan untuk memerap daging, ikan atau sayur-sayuran. Cecair berasid seperti cuka, jus lemon dan wain atau enzim (didapati daripada nanas, betik atau halia) juga digunakan.

Kembali ke atas