Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mung.kin.kan] | مموڠکينکن

Definisi : 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mung.kin.kan] | مموڠکينکن

Definisi : 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perforatingtebukanKejuruteraanTiadaTatacara hujung lubang telaga minyak yang khas untuk membuat lubang pada dinding tiuban dan simen sekitaran, digunakan untuk memungkinkan gas atau minyak bentukan untuk masuk ke tiuban gerek telaga, atau untuk memungkinkan air dipaksa keluar ke bentukan bagi menyebabkan keretakan.
perilperilinsuransTiadaSebab yang memungkinkan berlakunya kerugian. Ini berbeza dengan bahaya dan risiko.
perilperilPentadbiran PerniagaanTiadaSebab yang memungkinkan berlakunya kerugian. Ini berbeza dengan bahaya dan risiko.
recursiverekursifKejuruteraanTiadaMengandung peraturan-peraturan yang memungkinkan nilai-nilai atau makna ditentukan secara pasti.
louvreram; anak tingkapKejuruteraanTiada1. Ram: Bukaan, sama ada tetap atau boleh laras, pada dinding atau siling dengan slat condong untuk memungkinkan cahaya dan udara masuk tetapi menahan masuknya air hujan.,2. Sebarang susunan bukaan-bukaan yang menyerupai slat, sama ada tetap atau boleh laras, untuk tujuan pengudaraan.,3. Susunan slat-slat sepusat atau selari atau anggota jerejak yang setara, yang digunakan untuk menyembunyikan dan melindungi sebuah pembesar suara sambil memungkinkan gelombang bunyi telus.
open textteks terbukaKesusasteraanTiadaTeks yang memungkinkan pelbagai interpretasi pembaca. Bahasa, tema dan strukturnya bersifat kompleks dan tidak eksplisit. Teks terbuka tidak khusus kepada mana-mana khalayak, dan wujud dalam pelbagai genre sastera. Konsep teks terbuka ini diutarakan oleh Umberto Eco untuk membezakannya dengan teks popular. Teks popular mempunyai sasaran khalayak khusus, contohnya teks cinta untuk golongan remaja.
stationary statekeadaan pegunKejuruteraanTiadaKeadaan tenaga diskret yang memungkinkan kewujudan sesuatu zarah atau sistem terkuantum berdasarkan teori kuantum.
inlet (inggeris)pemasukHidrologiTiada(1) Hujung hulu binaan yang memungkinkan air mengalir melaluinya. (CID)
social mobilitymobiIiti sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya.
Eagle mountingpembingkaian EagleFizikTiadaKaedah pemasangan parutan belauan yang memungkinkan cahaya yang dibelaukan kembali mengikut lintasan yang sama dengan lintasan sinar tuju.
1234567

Kembali ke atas