composition | komposisi | - | Tiada | 1. Proses mengarang atau menyusun idea dan persembahan dalam menghasilkan karya. 2. Proses menyusun perkataan, bahan grafik dan lain-lain dalam sesebuah halaman cetak. |
computer language | bahasa komputer | Pendidikan | Tiada | 1. Bahasa buatan yang membolehkan pengatur cara mengarang atur cara yang dapat diterima oleh perkakasan komputer sebagai perintah yang sah untuk dilaksanakan. |
literal vision | visi literal | Kesusasteraan | Tiada | Paras makna dan mod persepsi yang digunakan oleh pengarang untuk mentafsir dan mengarang karya sastera. Visi literal merujuk kepada paras makna denotatif dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam ayat, �dia makan rambutan�, kata nama rambutan merujuk kepada sejenis buah semata-mata. |
course author | pengarang kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. |
learning design | reka bentuk pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses sistematik yang digunakan untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan secara konsisten dan andal. |
instructional designer (ID) | pereka bentuk pengajaran (ID) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus. |
reader level | tahap pembaca | Teknologi Maklumat | Tiada | Dua mod disediakan pada pengarangan multimedia. Mod pertama disediakan untuk pembaca untuk menjalankan dan berinteraksi dengan aplikasi multimedia tetapi tidak dibenarkan untuk membuat perubahan. Mod kedua ialah aras mengarang yang membenarkan pembangun perisian untuk mereka bentuk aplikasi. |
reader level | tahap pembaca | Teknologi Maklumat | Tiada | Dua mod disediakan pada pengarangan multimedia. Mod pertama disediakan untuk pembaca untuk menjalankan dan berinteraksi dengan aplikasi multimedia tetapi tidak dibenarkan untuk membuat perubahan. Mod kedua ialah aras mengarang yang membenarkan pembangun perisian untuk mereka bentuk aplikasi. |
dikir barat | dikir barat | Muzik | Tiada | Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara penyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas. |
Bhakti poetry | puisi Bhakti | Kesusasteraan | Tiada | Puisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada o |