flame | bara | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita yang kesat atau menghina peribadi. 2. Perbuatan menghantar mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita yang kesat atau menghina peribadi. 3. Perbuatan mengkritik peribadi seseorang dengan menggunakan mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita. |
humiliating question | soalan menghina | Pendidikan | Tiada | Tiada |
flaming | pembaraan | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan menghantar mesej yang menghina biasanya dalam bentuk kecaman melalui pengeposan dalam talian.Terlalu banyak pembaraan boleh menyebabkan perang bara yang berbahaya. |
blasphemy | kufur | Sejarah | Tiada | Kata-kata berupa cercaan atau nista yang menghina Tuhan atau benda-benda yang suci. |
insult | penghinaan;hinaan | Kesusasteraan | Tiada | Hinaan: Sesuatu bahagian dalam karya yang menghina sesuatu bangsa atau suku kaum dengan tujuan untuk merendahkan martabat mereka. Contoh: dalam Sejarah Melayu terdapat kisah Raja China meminum air basuh kaki Raja Melaka. |
emotional abuse | penderaan emosi | Kejururawatan | Tiada | Penganiayaan perasaan dengan cara yang negatif seperti membenci, menghina dan memalukan seseorang. |
contempt of court | penghinaan mahkamah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | 1. Kegagalan untuk mematuhi suatu perintah mahkamah yang berkedudukan tinggi, atau suatu perbuatan yang menentang atau menghina mahkamah atau hakim. 2. Kelakuan yang mungkin boleh menimbulkan perasaan prasangka terhadap perjalanan sesuatu perbicaraan yang adil terhadap tertuduh, yang boleh dihukum denda atau dipenjara. |
anger rape | rogol marah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenis rogol yang dilakukan oleh penyerang untuk melepaskan kemarahannya terhadap mangsa. Jenayah ini juga melibatkan penggunaan kekerasan lain seperti memukul, memaki hamun dan menghina mangsa. |
bias crime | jenayah berat sebelah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kebencian yang dilakukan terhadap seseorang atau sekumpulan individu disebabkan oleh ciri-ciri tertentu yang dimiliki oleh mangsa seperti jantina, etnik, agama dan budaya. Jenayah ini bertujuan untuk mendiskriminasi, meminggirkan atau menghina mangsa. |
contestation | persaingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan. |