air conditioning | penyamanan udara | Kimia | Tiada | Mengawal suhu udara dengan radas tertentu yang boleh membersih, melembap dan menyaman udara. |
leave of the court | kebenaran mahkamah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kebenaran yang diperoleh daripada mahkamah bagi membolehkan sesuatu tindakan dilakukan oleh sesuatu pihak terhadap pihak yang lain. Tanpa kebenaran ini, sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan sama sekali. Contohnya, kebenaran mahkamah diperlukan untuk melakukan sesuatu tindakan seperti menyaman, menfailkan pindaan terhadap pliding (pernyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu tindakan atau pembelaan yang dikemukakan oleh plaintif dan defendan dalam sesuatu tuntutan mahkamah) atau mana-mana tindakan undang-undang yang berkaitan. |
legal person | orang perundangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Entiti yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Dalam sistem undang-undang nasional, orang perundangan termasuk orang sebenar, syarikat, pertubuhan dan kerajaan. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan syarikat, pertubuhan dan kerajaan tidak sama dengan hak dan kewajipan orang sebenar berdasarkan perbezaan fungsi dan peranan masing-masing. Contohnya, syarikat atau pertubuhan mempunyai hak dan kewajipan untuk menyaman mana-mana pihak yang merampas hartanya atau memburukkan namanya. Dalam undangundang antarabangsa, orang perundangan termasuklah negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hak dan kewajipan seperti membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. |
legal personality | personaliti undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pengiktirafan terhadap sesuatu entiti bahawa ia mempunyai hak, keupayaan dan obligasi di sisi undang-undang. Personaliti undang-undang merupakan status yang perlu dimiliki oleh sesuatu entiti (individu atau syarikat) untuk menggunakan hak, melaksanakan obligasi dan bertindak mengikut undang-undang. Tanpa personaliti undang-undang, sesuatu entiti itu tidak akan diiktiraf oleh undang-undang dan menyebabkannya tidak mempunyai keabsahan untuk bertindak. Contohnya, secara umumnya, individu, syarikat atau pertubuhan berdaftar mempunyai personaliti undangundang untuk membuat sebarang perjanjian atau kontrak, dan menyaman atau membuat tuntutan di mahkamah nasional, manakala entiti yang tidak mempunyai personaliti tersebut tidak boleh berbuat demikian. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, hanya negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai personaliti undang-undang. |