nocturne | nokturna | Kesusasteraan | Puisi | Puisi-puisi lagu atau isi lirik atau pemikiran yang diungkapkan adalah berhubung dengan perasaan seseorang. Noktuma ini dicipta untuk dilagukan pada waktu malam. Contohnya, puisi atau lirik lagu "Jeritan Batinku" ciptaan S. Sudarmaji, nyanyian Allahyarham P. Ramlee dapat digolongkan dalam nokturna ini. |
lusingando | lusingando | Muzik | Tiada | Gaya persembahan memujuk dan manis untuk memaparkan perwatakan muzik yang menggoda dan menawan. Contohnya, dalam lagu Getaran Jiwa oleh Tan Sri P. Ramlee. |
lyric song | nyanyian lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat. |
sampling | pensampelan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penukaran isyarat dunia-nyata (data analog) kepada kod digital dalam sela masa tertentu. Contohnya diproses pensampelan isyarat suara dijalankan pada kadar 44.1kHz (kilo sampel per saat). Dalam muzik, tindakan mengambil sebahagian daripada bunyi rakaman dan menggunakannya semula sebagai instrumen atau elemen dalam rakaman yang baru. Tindakan ini dijalankan dengan menggunakan alat rakaman atau perisian komputer pada komputer digital. Misalnya kaedah ini digunakan oleh kumpulan KRU dalam rakaman semula lagu Getaran Jiwa ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Menerusi kaedah ini, KRU seakan-akan berduet dengan Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Getaran Jiwa yang diberi nafas baru oleh KRU. Lihat sampel. |
musical comedy | komedi muzikal | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal menggunakan plot yang romantik dan memasukkan unsur burlesque dan satira. Kejayaan komedi muzikal bergantung pada lagu dan pementasan yang mengkagumkan. Komedi ini berasal daripada voudeville, iaitu bentuk persembahan teater yang bersifat kasar dan riuh rendah. Pada awalnya, komedi muzikal dikenali sebagai opera balada dan opera komik. Bentuk persembahan komedi ini berkembang dan menjadi popular di England dan Amerika pada awal kurun ke-20. Persembahan komedi muzikal yang terkenal ialah Hello Dolly, Fiddler on the Roof, dan My Fair Lady manakala komedi yang terbaharu ialah Cats, Miss Saigon, Les Miserables dan The Beauty and The Beast. Contoh tempatan ialah P. Ramlee: The Musical. Lihat juga burlesque, satira. |