absolute space-time | ruang-waktu mutlak | Fizik | Mekanik | Penyatuan mutlak dimensi waktu (t) bersama tiga ruang dimensi lain (x, y, z) menjadikannya empat dimensi ruang-waktu yang kontinum dan wujud secara abstrak dalam teori kerelatifan. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, latar atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang sebenar. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangk |
late fringe | pinggiran akhir | Komunikasi | Korporat | Ruang waktu penyiaran program televisyen atau radio selepas masa perdana. Pada waktu ini, kadar bayaran iklan dan publisiti berbayar biasanya lebih rendah berbanding masa perdana. Pada waktu ini juga, jumlah lebih sedikit berbanding masa perdana. Demografi khalayak juga berbeza dari masa lain kerana khalayak lebih bersifat khusus, maka penyiaran maklumat atau rancangan juga lebih bersifat khusus atau terpilih. Penentuan masa pinggiran akhir banyak dipengaruhi oleh kedudukan masa perdana. Penentuan masa perdana pula banyak dipengaruhi oleh latar belakang budaya dan keadaan di sesuatu tempat atau negara. Di Malaysia masa perdana biasanya antara pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam. |
standby space | ruang menunggu | Komunikasi | Korporat | Sistem yang diguna pakai oleh syarikat penerbitan media cetak untuk penyiaran iklan pada sebarang waktu dan ruang yang dikosongkan. Pihak penerbit akan melompangkan ruang untuk siaran berita atau bahan siaran yang bersifat semasa, sebelum sesuatu penerbitan itu dicetak. Sekiranya tiada bahan mutakhir yang boleh mengisi lompang tersebut, ruang ini akan digantikan dengan iklan yang telah sedia menunggu/ Kesan akhirnya ialah keseluruhan ruang digunakan sepenuhnya. Oleh sebab ciri pengiklanan dari segi waktu dan ruang tidak tetap, maka kos yang dikenakan kepada pengiklan adalah lebih rendah berbanding iklan lain yang dijadualkan lebih awal. Kedudukan ruang iklan biasanya terletak di halaman yang kurang mendapat perhatian dan tidak strategik dari segi nilai berita. |
circulation space | ruang peredaran | Kesenian | Seni Bina | Ruang yang disediakan untuk tujuan memudahkan pergerakan. Ruang ini lazimnya tidak dikira sebagai ruang hunian atau kawasan kediaman tetap walaupun ia adalah sebahagian daripada ruang atau kawasan pembangunan. Laluan pergerakan di sesuatu ruang atau kawasan bergantung pada kedudukan pintu atau laluan keluar-masuk serta bagaimana ia direka bentuk. Kelebaran ruang peredaran lazimnya ditentukan berdasarkan jumlah atau kepadatan lalu-lalang dalam waktu puncak. Kelebaran ruang peredaran untuk tujuan keselamatan kebakaran pula ditentukan berdasarkan jumlah atau kepadatan penghuni ruang atau kawasan yang bakal melalui ruang tersebut dalam masa kecemasan. |
spatial disorientation | penanaran ruang/disorientasi ruang | Aeroangkasa | Tiada | Ketidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk. |
spot | ruang iklan | Komunikasi | Korporat | Ruang masa siaran iklan yang ditetapkan oleh stesen radio atau televisyen. Kedudukan ruang masa ini terdapat pada awal suku pertama, pertengahan dan/atau di suku terakhir sesuatu rancangan siaran. Tempoh dan nilai sesuatu ruang ini bergantung pada sambutan terhadap rancangan, waktu siaran, dan kuasa beli penonton. Ruang iklan untuk rancangan berita yang disiarkan pada masa perdana biasanya lebih mahal daripada ruang iklan pada masa lain. Nilai ruang iklan diukur berdasarkan unit masa iklan yang dibeli dan diukur dalam saat. Tempoh terendah ialah 10 saat dan boleh mencapai sehingga 120 saat. Walau bagaimanapun, ukuran unit masa tersebut ditentukan oleh amalan setempat. |
cross-fade | silang-resap | Kesenian | Drama dan Teater | Kaedah kawalan pencahayaan di pentas atau ruang lakon bagi memperlihatkan perubahan suasana, ruang dan waktu. |
communalative tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang tidak terikat pada ruang dan waktu serta beredar di tengah-tengah masyarakat. Contoh: cerita-cerita binatang, cerita mitos, cerita legenda dll. |