hard-edge painting | lukisan cat tepat | Kesenian | Tiada | Lukisan cat abstrak yang mempunyai rupa-rupa bentuk yang jelas dan berbatasan tepat serta gubahan yang ringkas. |
make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan |
blobs | blob | Kesenian | Seni Bina | Rupa bentuk organik atau rekaan seni bina yang tidak bersegi, berpenjuru atau bersudut seperti rupa bentuk bulat atau gabungan rupa bentuk bulat dan bujur. Reka bentuk ini ditonjolkan oleh Greg Lynn pada sekitar tahun 1990-an dengan bantuan teknologi komputer. |
deformation | ubah bentuk | Mekanik | Gunaan | 1. Mengubah dimensi (panjang, luas atau isi padu) jasad, sama ada perubahan itu berserta perubahan rupa bentuk atau tidak, atau mengubah rupa bentuk (bulat, segi empat tepat, prisma, dan sebagainya) jasad, sama ada perubahan rupa bentuk itu dikuti perubahan dimensi atau tidak. Pada umumnya, analisis mekanik mengabaikan perubahbentukan yang berlaku pada jasad tegar. Dalam analisis yang biasa, hanya perubahbentukan pegas sahaja yang diambil kira. 2. Rupa bentuk yang diperoleh setelah jasad diubah bentuk. Lihat juga herotan. |
as issued | rupa asal | Perpustakaan | Tiada | Keadaan rupa buku terpakai yang ditawarkan untuk jualan yang dalam keadaan atau formatnya yang asal. |
angular shape | rupa bentuk bersegi | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk objek yang bersegi-segi dalam sesebuah citra. |
composite shape | rupa bentuk rencam | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk yang terjadi daripada susunan dua atau lebih bentuk lain. |
positive shape | rupa bentuk positif | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk utama dalam ruang gambar. |
regular shape | rupa bentuk biasa | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk yang mengikut susunan dan struktur yang boleh dikenali. |
rectilinear shape | rupa bentuk rektilinear | Kesenian | Tiada | Rupa bentuk yang berciri garisan. |