Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tah]/[sa.tah] | سطح

Definisi : permukaan yg rata, rataan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.tah]/[sa.tah] | سطح

Definisi : permukaan yg rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plane of motionsatah gerakanMekanikGunaanSatah yang digunakan sebagai rujukan dalam analisis gerakan satah. Gerakan satah ialah gerakan yang berlaku dengan semua zarah pada jasad bergerak pada satah-satah yang selari di antara satu dengan yang lain. satu daripada satah tersebut diambil sebagai rujukan dan dinamai satah gerakan. Biasanya, satah yang dipilih sebagai satah gerakan ialah satah yang melalui pusat graviti jasad berkenaan. Lihat juga gerakan satah, pusat graviti.
principal planesatah utamaKejuruteraanTiada1. Satah-satah yang melalui titik-titik utama kanta, serenjang dengan paksi utama.,ricih adalah sifar.
body planessatah badanSukanTiadaPermukaan dua dimensi yang abstrak. Terdapat tiga 3. satah, yakni satah depan, satah sisi dan satah mendatar.
principal plane stresstegasan satah utamaKejuruteraanTiadaTegasan yang berlaku pada satah-satah utama unsur bahan, sama ada tegasan maksimum atau minimum.
lattice dimensiondimensi kekisiFizikModenJarak antara satah-satah atom yang dikira berdasarkan pola belauan sinar-X dengan menggunakan rumus Bragg.
shear strainterikan ricihFizikMekanikCanggaan suatu jasad pepejal apabila sekeping satah di dalam jasad itu tersesar selari dengannya dan juga dengan satah-satah lain di dalam jasad itu. ricih
bedding stratastrata perlapisanGeografiTiadaLapisan-lapisan batuan enapan yang dipisahkan antara satu dengan yang lain oleh satah-satah perlapisan.
crystal systemsistem hablurKejuruteraanTiadaPengelasan hablur yang diasaskan kepada penyilangan yang dilakukan pada paksi-paksi kristalografi oleh satah-satah tertentu.
crystal systemsistem hablurKimiaTiadaPengelasan hablur yang diasaskan kepada penyilangan yang dilakukan pada paksi-paksi kristalografi oleh satah-satah tertentu.
ladder lodelod tanggaGeologiTiadaSatu daripada suatu siri mendapan mineral di dalam retakan-retakan melintang dan selari yang terbentuk di sepanjang satah-satah foliasi yang serenjang dengan daik sewaktu penyejukannya, atau di sepanjang kekar-kekar kecutan pada batuan basalt atau daik.
12345678910...

Kembali ke atas