selampit | selampit | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
tarik selampit | tarik selampit | Muzik | Tiada | Seni penceritaan di Kelantan dan di Patani yang dinyanyikan oleh seorang penglipur lara yang bergelar Tok Selampit. Tok Selampit akan memainkan beberapa watak melalui canta, nyanyian dan dialog. Tok Selampit akan memainkan alat muzik bertali, iaitu rebab untuk mengiringi persembahannya. Ceritanya berkisarkan cerita rakyat daripada tradisi lisan. Lihat juga awang batil. |
selampit (M.) | selampit | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita rakyat yang berbentuk lipur lara yang dituturkan dengan menggunakan alat bunyi-bunyian. |
selampit (M.) | selampit | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
capet braid | selampit hamparan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
carpet braid | selampit hamparan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
plaited trimming | trimin selampit | Sosiologi | Tiada | Tiada |
monodrama | monodrama | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik. |
oral literature | sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk pros |
rebab | rebab | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Di Indonesia dan Malaysia, rebab terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Badan alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian depannya ditutup dengan kulit. Rebab mempunyai leher panjang tanpa fret. Di Malaysia, rebab mempunyai tiga utas tali, sementara di Indonesia, rebab mempunyai dua utas tali. Alat muzik ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan pemain dan tali digesek dengan penggesek tertentu. Rebab menghasilkan melodi dalam gamelan di Indonesia dan ensembel makyong, main puteri dan wayang kulit Melayu di Malaysia. Namun begitu, rebab yang dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia mempunyai leher pendek dan dua utas tali sahaja. Alat muzik ini juga dimainkan sebagai alat solo untuk mengiringi seni penceritaan di Malaysia, seperti tarik selampit di Kelantan. |