Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ lagi lebih-lebih lagi, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moreovertambahan pulaPentadbiranTiadaTiada
armature slotlubang alur angkerTeknikElektrikBahagian lurah pada angker tempat menyimpan gegelung angker. Sebelum belitan gegelung ini dibuat, lubang ini dilapikkan dengan kertas penebat khas (berlapisan mika) agar penebatan belitan itu tidak rosak. Lubang ini kecil mulutnya tetapi lebar di bahagian dalam, dan dengan itu gegelung pengalir tidak mudah terkeluar ketika angker berputar, tambahan pula terdapat penyelak pada mulut lubang alur tersebut.
masculine rhymerima ekasukuKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil.
conditional pawbrokinggadaian bersyaratEkonomiEkonomi IslamKontrak gadaian yang mengenakan syarat tambahan sama ada atas permintaan penggadai atau pegadai. Syarat tambahan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu syarat yang sah dan syarat yang batal. Syarat tambahan yang menguatkan tujuan kontrak gadaian adalah sah manakala syarat tambahan yang melanggar tujuan kontrak adalah batal. Contoh syarat tambahan yang sah ialah pegadai mensyaratkan barang gadaian mestilah milik penggadai sendiri dan bukan barang yang dipinjam. Contoh syarat tambahan yang batal pula ialah penggadai mensyaratkan untuk terus mendiami rumah yang telah digadainya.
riba’ribaPerniagaan IslamTiadaLebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, garam, daging dan buah-buahan. Riba boleh berlaku dalam urusan hutang piutang dan jual beli bahan ribawi. Riba jual beli terbahagi kepada riba’ yad atau riba’ nasi’ah dan riba’ fadhl. Riba hutang piutang pula terdiri daripada riba’ qard dan riba’ jahiliah.
pilot ion methodkaedah ion perintisKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan kuantitatif dalam elektrokimia. Dalam kaedah ini ion yang berlainan daripada analit ditambah sebagai piawai tambahan, misalnya Pb2+ dapat berfungsi sebagai ion perintis dalam penentuan Zn2+. Kaedah ini menyerupai kaedah penambahan piawai dari segi tekniknya, dan dari segi kaedahnya pula, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piawai dalaman.
poultry feedmakanan poltriVeterinarTiadaMakanan yang diberikan kepada unggas yang dicampur dengan pelbagai jenis bahan makanan. Antara bahan yang kerap digunakan ialah jagung, mil kacang soya, mil ikan, dedak gandum dan dedak padi. Bagi mendapatkan makanan yang lengkap dan seimbang untuk keperluan ternakan ini, sumber mineral, vitamin serta asid amino tambahan diperlukan. Biasanya, terdapat beberapa jenis makanan untuk ternakan seperti ayam iaitu makanan pemula, makanan pertumbuhan/penamat, makanan penelur dan pembiak. Jenis-jenis makanan tersebut berbeza antara satu sama lain dari segi kandungan protein, tenaga dan serabut. Makanan jenis prapemula dan pemula biasanya diberi kepada ayam yang mengandungi protein kasar antara 21-23% kerana ternakan ini memerlukan protein yang tinggi. Makanan untuk ayam penelur pula perlu mengandungi kalsium yang agak tinggi bagi menampung keperluan kalsium dalam pembentukan telur.
musyarakah mutanaqisah financingpembiayaan musyarakah mutanaqisahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang melibatkan dua akad, iaitu akad musyarakah dan akad ijarah. Dalam akad musyarakah, pembiaya dan pelanggan berkongsi menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Contohnya, pembiaya dan pelanggan berkongsi membeli satu aset pada kadar 80% dan 20%. Aset tersebut merupakan milikan perkongsian antara pembiaya dengan pelanggan. Dalam kontrak ijarah pula, perkongsian tersebut menyewakan aset kepada pelanggan dan hasil sewanya dibahagi mengikut kadar syer. Namun demikian, pelanggan tidak mengambil hasil sewa bahagiannya sebaliknya digunakan untuk membeli syer pembiaya secara ansuran. Pelanggan juga boleh membuat bayaran tambahan untuk mempercepat proses pemilikan syer. Pada akhir perkongsian semua milikan akan berpindah kepada pelanggan.
international organizationorganisasi antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memasti

Kembali ke atas