Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.ngar] | تردڠر

Definisi : 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.ngar] | تردڠر

Definisi : 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdengar

Peribahasa

474

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
murmurderuanPerubatanTiadaBunyi yang terdengar melalui auskultasi, sama ada yang bersifat benigna atau patologi, terutamanya yang pendek tempohnya dan berulang-ulang. Bunyi ini berasal sama ada daripada jantung ataupun pembuluh darah.
bruitbruitPerubatanTiadaBunyi luar biasa yang terdengar di dalam badan semasa auskultasi.
thunderstorm dayhari ribut petirSainsHidrometeorologiHari cerapan yang padanya guruh terdengar di stesen. Kerpasan tidak semestinya berlaku.
spreading activationpenyebaran aktivasiPsikologiPsikologi UmumPenyebaran suatu konsep yang dideriakan kepada konsep lain yang berkaitan atau mempunyai rangkaian dengannya. Contohnya, jika individu terdengar perkataan bunga, maka individu tersebut akan menggambarkan bunga mawar yang biasanya berwarna merah dan mungkin berkait dengan pasukan bola sepak Red Devil, lalu berkait pula dengan bola, Ronaldo, Portugis, Melaka dan seterusnya.
zona arcuatazona arkuataBiologiHistologi dan Sitologi1 Membran basal dalam yang menyokong organ Corti berpilin. 2 Zona glomerulosa yang mengandungi lamina melengkung atau jisim tisu sfera yang terdengar pada kuda. zona tekta.
binural soundbunyi binuralFizikAkustikBunyi yang dihasilkan oleh sistem pengeluaran semula yang mempunyai dua daluran, dan bunyi dari setiap saluran itu disuapkan ke dalam fon telinga atau pembesar suara berlainan, sehingga terdengar bunyi yang datang dari arah asal.

Kembali ke atas