Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wi-fi

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Wi-FiWi-FiTeknologi MaklumatPerisianTanda dagang bagi perikatan Wi-Fi untuk produk yang diperakui berdasarkan piawaian IEEE 802.11. Pensijilan ini membenarkan saling kendalian antara beberapa peranti wayarles yang berlainan. Wi-Fi secara umum dikenali sebagai wayarles LAN (WLAN), tetapi tidak semua produk WLAN mempunyai persijilan Wi-Fi kerana pensijilan perlu dibayar bagi setiap jenis peranti yang akan diperakui. Wi-Fi disokong oleh kebanyakan sistem pengendali, konsol permainan, komputer riba, telefon bimbit, pencetak dan persisian yang lain.
hotspottitik penghalaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKawasan khusus yang menyediakan akses internet, kebiasaannya menggunakan Wi-Fi melalui Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) dengan penghala disambungkan kepada pembekal khidmat internet.
wired equivalent privacy (WEP)kerahsiaan kesetaraan berwayar (WEP)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol keselamatan untuk peranti perhubungan tanpa wayar yang ditetapkan dalam piawaian Wi-Fi IEEE 802.1lb. Protokol ini direka bentuk untuk memberikan keupayaan keselamatan dan penyulitan paket rangkaian yang setara dengan keupayaan keselamatan dan penyulitan paket rangkaian yang setara dengan keupayaan keselamatan rangkaian berwarna biasa. Protokol ini menggunakan kekunci rahsia daripada 40 �bit hingga 128 �bit untuk menyulitkan paket data semasa penghantaran.
mobile deviceperanti mudah alihTeknologi Maklumate-PembelajaranAlat perkomputeran kecil yang mudah dipegang dan dibawa. Alat ini biasanya mempunyai skrin sesentuh pipih dan mampu dihubungkan ke Internet melalui Wi-Fi, Bluetooth atau rangkaian selular dengan bekalan tenaga bateri boleh cas semula litium. Contohnya, telefon bimbit, tablet dan peranti navigasi GPS.
wireless LANLAN wayarlesTeknologi MaklumatTiadaSuatu rangkaian kawasan setempat yang menghantar isyarat gelombang elektromagnet melalui udara (tanpa menggunakan kabel) dengan menggunakan jalur frekuensi pembawa 2.4GHz atau 5GHz. Stesen tapak wayarles yang bertindak sebagai titik capaian internet disambung ke rangkaian Ethernet dengan menggunakan kabel. Titik capaian ini boleh menghantar isyarat frekuensi radio ke dalam kawasan yang jaraknya beberapa meter walaupun terdapat dinding dan lain-lain halangan bukan logam. Piawai LAN wayarles yang popular sekarang ialah IEEE 802.11 yang dikenali sebagai Wi-Fi. Contoh lain seperti Bluetooth dan irDA (infra merah).

Kembali ke atas