akar sisi | lateral root | Akar yang tumbuh dari akar lain, seperti akar yang tumbuh di sekeliling akar tunjang. Lihat Rajah | Menengah Atas |
akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar dakap | clasping root | Akar yang melekap pada tumbuhan atau struktur lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Akar ini dikenali juga sebagai akar cengkam. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
jidal akar | root cap | Struktur yang menutupi dan melindungi hujung akar apabila akar membesar dan tumbuh ke dalam tanah. | Menengah Atas |
akar serabut | fibrous root | Akar yang berambu-rambu atau bercabang kecil dan tidak mempunyai akar tunjang. Contohnya, akar rumput. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar adventitius | adventitious root | Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
akar banir | buttress root | Akar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar lilit | twining root | Akar yang tumbuh dan menjalar secara berpintal-pintal pada batang atau dahan pokok lain. Akar ini biasanya terdapat pada tumbuhan yang memanjat. Contohnya, akar pokok seri pagi. | Menengah Rendah |
akar dakap | clasping roots | Akar yang berpaut pada tumbuhan lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar jangkang | stilt root | Akar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat Rajah | Menengah Rendah |