Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baja

Puisi
 

Bunga kalas dibubuh baja,
     Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
     Berapa jauh datang ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kaduk kena baja.

Bermaksud :

Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bajafertilizerBahan yang ditambah ke dalam tanah atau medium tanaman bagi meningkatkan produktiviti dari segi kualiti dan kuantiti tanaman. Contohnya, baja kimia dan baja organik.Menengah Rendah
baja aslinatural fertilizerBaja yang dihasilkan daripada najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang sudah reput. Contohnya, baja kompos. Lihat RajahSekolah Rendah
bajafertilizerBahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman atau tanah.Sekolah Rendah
komposcompostReputan tumbuh-tumbuhan dan sisa organik lain untuk membentuk baja.Sekolah Rendah
biopepejalbiosolidBahan pepejal atau separa pepejal yang diperoleh daripada sisa air terawat dan sering digunakan sebagai baja.Menengah Atas
pereputandecompositionProses pemusnahan sesuatu organisma sehingga hancur secara semula jadi. Contohnya, sisa tumbuhan mengalami pereputan sehingga menjadi baja kompos.Sekolah Rendah
kaliumpotassiumUnsur logam yang sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan sebagai komponen utama untuk membuat baja. Simbolnya, K.Menengah Atas
ureaureaSebatian organik yang berbentuk pepejal berhablur, berwarna putih, dan terdapat semula jadi di dalam air kencing. Urea digunakan sebagai baja.Menengah Atas
asid sulfuriksulphuric acidAsid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4.Menengah Rendah
kaolinkaolinSerbuk aluminium silikat yang berwarna putih dan tidak larut dalam air atau asid mineral cair. Kaolin digunakan untuk membuat lepa, simen, baja, racun serangga, dan barang seramik seperti porselin. Ia juga dikenali sebagai tanah liat Cina.Menengah Atas
12

Kembali ke atas