Glosari Sains Untuk Sekolah
penurunan | reduction | Tindak balas kimia yang melibatkan pertambahan elektron pada atom atau ion dengan demikian menurunkan nombor pengoksidaannya. | Menengah Atas |
meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
Kembali ke atas