miang | prickly | Rasa gatal pada kulit apabila tersentuh rerambut halus yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan seperti daun jelatang atau batang buluh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kudis buta | scabies | Penyakit jangkitan kulit yang gatal dan mudah berjangkit. | Sekolah Rendah |
kurap | ringworm | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, yang menyebabkan rasa gatal, dan menyebabkan kulit kelihatan bertompok-tompok. | Menengah Atas |
panau | tinea | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, mengakibatkan tompok putih pada kulit dan menimbulkan rasa gatal. Lihat Rajah | Menengah Atas |