kawalan | control | Tindakan yang diambil untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan musuh semula jadi kepada perosak tersebut berdasarkan konsep mangsa-pemangsa. | Menengah Atas |
mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |
ventilasi udara | air ventilation | Pergerakan, pengaliran dan kawalan kualiti udara dalam tempat tertutup. | Menengah Rendah |
peparu besi | iron lung | Peranti mekanikal yang membolehkan pesakit bernafas apabila otot kawalan yang normal menjadi lumpuh atau sistem pernafasan pesakit terjejas. | Menengah Atas |
penyakit Parkinson | Parkinson’s disease | Penyakit gangguan saraf kronik yang mengakibatkan kekurangan kawalan ke atas pergerakan, kurang keseimbangan dan koordinasi. | Menengah Atas |
faktor pewarisan | hereditary factor | Faktor yang menentukan komponen ciri sesuatu bahan secara kawalan genetik. Contohnya, faktor yang menentukan tekstur rambut dan warna kulit. | Menengah Atas |