fenomena alam | natural phenomenon | Kejadian yang berlaku secara semula jadi. Contohnya,letusan gunung berapi, banjir dan hakisan. | Menengah Rendah |
fenomena | phenomenon | Sesuatu peristiwa atau kejadian yang dapat dilihat dan diperhatikan. | Sekolah Rendah |
kesan | effect | Akibat atau hasil sesuatu kejadian atau tindakan. Contohnya, penyakit kanser peparu merupakan kesan daripada perbuatan merokok. | Sekolah Rendah |
gerhana matahari | eclipse of the sun | Kejadian apabila matahari terlindung oleh bulan kerana bulan berada di antara bumi dengan matahari dalam satu garis lurus. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gerhana bulan | eclipse of the moon | Kejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
korona | corona | Lingkaran cahaya yang kelihatan di keliling matahari atau bulan, terutamanya ketika kejadian gerhana penuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pemfluoridaan | fluoridation | Proses penambahan garam florida, biasanya natrium fluorida ke dalam bekalan air untuk mengurangkan kejadian karies gigi. | Menengah Rendah |