laju gelombang | wave speed | Jarak perambatan gelombang sesaat. | Menengah Atas |
indeks biasan | refractive index | Nisbah laju cahaya di dalam vakum terhadap laju fasa cahaya di dalam medium. | Menengah Atas |
aerofoil | aerofoil | Struktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang. | Menengah Atas |
daya | force | Tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah. | Sekolah Rendah |
kuantiti terbitan | derived quantity | Gabungan kuantiti fizik asas melalui operasi pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya. Contohnya, isi padu, laju dan pecutan. | Menengah Atas |