pengutuban | polarization | Proses membenarkan cahaya lalu pada satu satah sahaja dengan menggunakan polaroid. | Menengah Atas |
interferens memusnah | destructive interference | Fenomena yang berlaku apabila dua gelombang koheren bertindih dengan satu lembangan gelombang, lalu menghasilkan amplitud sifar. | Menengah Atas |
amfoterik | amphoteric | Sebatian yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai asid dan bes. Contohnya, aluminium oksida meneutralkan asid lalu membentuk garam aluminium dan air, serta berfungsi sebagai asid apabila larut dalam alkali untuk membentuk garam aluminat. | Menengah Atas |
meteor | meteor | Jasad dari angkasa lepas yang masuk ke ruang atmosfera bumi. Akibat geseran dengan zarah udara, meteor menjadi sangat panas, lalu terbakar dan menghasilkan cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. | Menengah Rendah |
bahan api fosil | fossil fuel | Bahan api daripada fosil, iaitu sisa-sisa haiwan dan tumbuhan purba yang tertimbus beribu-ribu tahun yang lalu. Contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang batu dan gas asli. | Menengah Rendah |
kamera lubang jarum | pin hole camera | Kamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat Rajah | Menengah Atas |