kecekapan tenaga | energy efficiency | Perihal nisbah penukaran tenaga antara tenaga output dengan tenaga input penukaran tenaga. | Menengah Rendah |
dinamo | dynamo | Alat yang menukarkan tenaga mekanik (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik) kepada tenaga elektrik. | Menengah Rendah |
tenaga suria | solar energy | Tenaga yang diperoleh daripada matahari, iaitu tenaga cahaya dan tenaga haba. Tenaga suria dipancarkan dalam bentuk sinaran elektromagnet. | Menengah Rendah |
perubahan tenaga | energy change | Proses menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. | Menengah Rendah |
motor elektrik | electric motor | Alat penukar tenaga yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. | Menengah Atas |
sumber tenaga boleh diperbaharui | renewable energy source | Sumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air. | Sekolah Rendah |
tenaga haba | heat energy | Tenaga yang diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil, geseran serta bahan atau objek yang panas. Tenaga haba dikenali juga sebagai tenaga terma. | Menengah Rendah |
tenaga nuklear | nuclear energy | Tenaga yang diperoleh daripada tindak balas nukleus dalam atom sama ada menerusi tindak balas belahan atau lakuran. Tenaga nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik. | Menengah Rendah |
peleburan | melting | Proses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk. | Menengah Rendah |
tenaga bunyi | sound energy | Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti gas, cecair dan pepejal tetapi tidak boleh melalui vakum. | Menengah Rendah |