litar tertutup | closed circuit | Litar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |
bateri | battery | Suatu bekas tertutup yang mengandungi bahan kimia dan boleh menghasilkan elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengudaraan | ventilation | Proses membekalkan udara segar kepada ruang yang tertutup bagi menyegarkan, membuang dan menggantikan udara yang sedia ada. Pengudaraan lazim digunakan untuk membuang bahan cemar seperti asap, habuk atau wap serta menghasilkan persekitaran yang sihat dan selamat. | Menengah Atas |
kupu-kupu | moth | Sejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ventilasi udara | air ventilation | Pergerakan, pengaliran dan kawalan kualiti udara dalam tempat tertutup. | Menengah Rendah |
barometer aneroid | aneroid barometer | Alat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. Lihat Rajah | Menengah Atas |