ukuran | measurement | Nilai pelbagai kuantiti hasil daripada pengukuran atau penyukatan. Contohnya, ukuran bagi jisim adalah dalam unit kilogram. | Sekolah Rendah |
jarak | distance | Ukuran panjang di antara dua titik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pH | pH | Ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lilitan | circumference | Ukuran keliling sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lebar | width | Ukuran dari satu sisi ke sisi yang lain pada suatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kadar | rate | Ukuran untuk menentukan suatu pola gerakan atau peristiwa. | Sekolah Rendah |
jengkal | span | Ukuran panjang di antara hujung ibu jari tangan dengan hujung jari yang lain yang direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hasta | cubit | Ukuran yang panjangnya dari hujung siku hingga ke hujung jari hantu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
isi padu | volume | Ukuran ruang yang menempatkan sesuatu jasad atau jisim bendalir. Isi padu diukur dalam unit meter padu, m3 atau liter, l. | Menengah Rendah |
Celsius | Celsius | Unit ukuran untuk suhu. | Menengah Rendah |