petualang | 1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petualang | 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petualang | 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur. | Kamus Pelajar |
petualang | 1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. | Kamus Pelajar |
berpetualangan | menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tualang | petualang | Kamus Pelajar |
penghancur | 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg menghancurkan (merosakbinasakan, memusnahkan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ keamanan negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tualang | tidak tentu tempat tinggalnya; tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap. bertualang 1 mengembara atau pergi ke mana-mana (tanpa tempat tinggal yg tetap). 2 berbuat sesuatu dgn tidak jujur; menipu. petualang 1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tualang I | 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperhitungkan | 1. mengira-ngira berapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal pengundi menjelang pilihan raya; 2. menyelesaikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, memberi perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: petualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. merundingkan sesuatu dgn teliti, mempertimbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |