Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
asbabAr (jamak bagi sebab) sebab-sebab.Kamus Dewan Edisi Keempat
pokok pangkalsebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
musababAr 1. kesan: drpd keadaan tersebut lahirlah suatu ~ yg tertinggi, maka dgn itu alam dgn segala sesuatu pun diciptakan; 2. sebab drpd segala sebab, sebab yg menjadi asas terjadinya sesuatu: tiap-tiap satu kejadian dan peristiwa mempunyai asas dan ~ yg mendorong terjadinya kejadian itu; sebab ~ yg menjadi sebab, yg menyebabkan, sebab.Kamus Dewan Edisi Keempat
alasansebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu?Kamus Pelajar Edisi Kedua
alasansebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu?Kamus Pelajar
post-mortem1. pemeriksaan dan pembedahan mayat utk menentukan sebab-sebab kematian, autopsi; 2. pemeriksaan sesuatu rancangan yg gagal utk mengetahui sebab kegagalannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
falsafahpengetahuan dan penyelidikan ttg sebab-sebab (asas-asas, hukum dll) kewujudan sesuatu ataupun ttg kebenaran dan erti wujudnya sesuatu: ahli ~ orang yg ahli dlm bidang falsafah. berfalsafah 1 berfikir secara mendalam ttg sesuatu. 2 mengemukakan atau memperkatakan sesuatu falsafah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pokok perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian)sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencari puncaberusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
falsafahpengetahuan dan penyelidikan ttg sebab-sebab (asas-asas, hukum dll) kewujudan sesuatu ataupun ttg kebenaran dan erti wujudnya sesuatu: ahli ~ orang yg ahli dlm bidang falsafah. berfalsafah 1. berfikir secara mendalam ttg sesuatu. 2. mengemukakan atau memperkatakan sesuatu falsafah.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas