Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setuju;

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
setuju1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
setuju1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn);Kamus Dewan Edisi Keempat
setuju®tuju I.Kamus Dewan Edisi Keempat
setuju2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini.Kamus Pelajar
setuju1 serupa maksudnya atau sama arahnya.Kamus Pelajar
muafakat1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi.Kamus Dewan Edisi Keempat
protes/protés/ pernyataan tidak setuju atau menyangkal sesuatu dasar, keputusan dll. memprotes menyatakan tidak setuju; membantah; membangkang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
protes /protés/pernyataan tidak setuju atau menyangkal sesuatu dasar dll. memprotes menyatakan tidak setuju; membantah; membangkang.Kamus Pelajar
cocok1. sesuai benar, kena benar, sepadan (dgn): namanya telah ditukarnya dgn nama yg ~ dgn kehinaannya; 2. setuju, bersefahaman, sepakat: mereka tidak ~ lagi utk hidup sbg suami isteri; 3. sama benar, tidak berbeza: kita tidak akan bertemu dgn dua fikiran yg ~ tentang lukisan ini selagi fikiran itu dilahirkan oleh dua orang manusia; 4. tepat, betul: jamnya tidak ~; 5. setuju di hati, suka: apabila ~ rasanya, bolehlah dipesan barang ini dgn segera; 6. serasi: ubat ini tidak ~ dengannya; secocok sesuai (dgn), setuju: sesungguhnya perbualan secara begini, sangat tidak sebulu dan ~ dgn Jamilah; ketaksecocokan keadaan tidak secocok: ~ antara dua sistem nilai; mencocokkan 1. menyesuaikan, menjadikan supaya cocok (setuju dll); 2. membandingkan dll utk mengetahui cocok tidaknya (sesuai tidaknya dll); 3. memusingkan jarum jam supaya cocok (betul masanya), membetulkan jam; kecocokan perihal cocok, kesesuaian, kesamaan: perkenalan yg sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dgn gadis itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
persetujuan1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas