reaksionis | (réaksionis) 1. cenderung menentang perubahan atau pembaharuan yg radikal, terutamanya dlm sistem politik atau sosial; 2. pihak (orang atau kumpulan) yg menentang perubahan atau pembaharuan dlm sistem politik atau sosial negaranya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berideologikan | menggunakan sesuatu fahaman sbg ideologi: sistem politik yg ~ nasionalisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berekonomikan | berdasarkan sesuatu sbg sumber ekonomi: sistem politik yg berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antiaparteid | (antiapartéid) dasar menentang (tidak menyokong) sistem politik di Afrika Selatan yg mengasingkan orang drpd berbagai-bagai kaum melalui undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subversif | bertujuan utk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dll, dgn menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit: kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga mencegah gerakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendarjatan | perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
revolusi | (révolusi) 1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb; R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt kesuburan tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~ mental revolusi fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh; berevolusi mengadakan revolusi; merevolusikan mengubah sistem pemerintahan (sosial dll) dgn kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permesyuaratan | perihal bermesyuarat, perundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
etnik | (étnik) bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ideologi | (idéologi) faham (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar pemerintahan dll: demokrasi ialah satu ~ yg diagung-agungkan oleh orang-orang yg bertamadun; berideologi mempunyai ideologi, ada ideologinya; berideologikan menggunakan sesuatu fahaman sbg ideologi: sistem politik yg ~ nasionalisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |