Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kudusAr tidak bercela, suci, bersih, murni: dia yg berhati ~; roh al-~ = ruhulkudus roh suci (Jibrail dlm ajaran Islam); menguduskan menyucikan, membersihkan (batin, hati, dll): moga-moga Allah ~ roh-roh mereka; kekudusan kesucian, kebersihan (hati, batin, dll): dia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
cela1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn per­buatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. ke­aiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampan I1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; po­tong­­an badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawa­kan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ se­orang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gela­gat­nya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh diper­cayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacatkekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca.Kamus Dewan Edisi Keempat
garam1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas