ASEAN | (aséan) akronim bagi Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
AFTA | akronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas Asean). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potensi | (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan utk berkembang maju dsb: EEC akan memberikan penerangan kpd Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara negara-negara Asean; berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkebolehan, berkesanggupan, berkeupayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-kata itu ~ utk digunakan? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semangat | 3 tujuan atau maksud yg terkandung dlm sesuatu ucapan dll: ~ Asean. | Kamus Pelajar |
berpotensi | mempunyai potensi, berkemampuan, berkebolehan, berkesanggupan, berkeupayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-kata itu ~ utk digunakan? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maritim | 1. berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb; 2. terletak di atau berdekatan dgn laut: 80% drpd perdagangan ASEAN ber-gantung pd pengangkutan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejiranan | yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rantau | 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merebak | 1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rebak | /rébak/; merebak 1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. merebakkan menyebabkan merebak; menjangkitkan. perebakan perbuatan, hal dsb merebak atau merebakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |