kambing I | sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh perangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertanding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Benggala | sebuah negeri di India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi benggala | = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok menjalar), Solanum tube-rosum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi benggala | ubi kentang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lada benggala | lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kambing benggala | kambing besar (berbulu panjang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaca benggala | cermin yg tebal (besar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarak benggala | minyak utk mencuci perut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawang benggala | sj bawang, Allium fistulosum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawang besar (benggala, cina) | sj bawang yg besar, Allium fistulosum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |