kad EGA(EGA card) | Kad litar paparan video yang apabila disumbatkan pada papan utama komputer dapat memberikan komputer peribadi jenis PC IBM, atau yang serasi dengannya, kemampuan untuk memaparkan 16 jenis warna serentak pada skrin berpeleraian 640 piksel mendatar dan 350 piksel menegak. | Kamus Komputer |
EGA | kep enhanced graphics adapter (penyesuai grafik tertingkat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
EGA | Singkatan bagi enhanced graphics adapter, iaitu penyesuai grafik tertingkat. | Kamus Komputer |
penyesuai grafik tertingkat(enhanced graphics adapter) | Penyesuai bagi sistem paparan grafik warna peta bit bagi sistem komputer peribadi PC IBM dan yang serasi dengannya. Sistem ini lebih baik daripada sistem CGA dan boleh memaparkan 16 jenis warna serentak pada skrin berpeleraian 640 piksel mendatar dan 350 piksel menegak. Singkatan EGA. | Kamus Komputer |