golong | <b>; menggolongkanb> membahagi-bahagikan kpd beberapa kelompok; memasukkan ke dlm kumpulan: Mereka telah ~ para peserta mengikut umur masing-masing. <b>tergolongb> termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. <b>golonganb> himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. <b>penggolonganb> perbuatan menggolongkan (kpd kumpulan atau kelompok). | Kamus Pelajar |
seragam | <b>1b> sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. <b>2b> sesuai; sepakat. | Kamus Pelajar |
kaum | <b>1.b> golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa:Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. <b>2.b> saudara-mara; keluarga; kerabat:Ia tidak diakui oleh ~nya. <b>3.b> golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. <b>~ aslib> penduduk asli sesebuah negara. <b>~ atasanb> orang-orang yg berpangkat tinggi. <b>~ buruhb> golongan orang yg bekerja sbg buruh. <b>~ gurub> orang-orang yg bekerja sbg guru. <b>~ ibu (wanita)b> golongan orang perempuan. <b>~ keluarga (kerabat)b> saudara-mara. <b>~ lelakib> golongan orang lelaki. <b>~ terpelajarb> golongan orang pandai-pandai. <b>berkaumb> <b>1.b> bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). <b>2 = berkaum-kaumb> berpuak-puak; berkelompok-kelompok. <b>perkaumanb> <b>1.b> hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). <b>2.b> hal atau perbuatan berkaum-kaum:Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. | Kamus Pelajar |
ragam | <b>1b> cara; tingkah laku; olah: Banyak orang banyak ~nya. <b>2b> jenis; macam: aneka (berbagai-bagai) ~ berbagai-bagai jenis. <b>3b> lagu: Maka gendang pun dipukul oranglah, tujuh ~. <b>4b> warna: kain tujuh ~. beragam-ragam bermacam-macam; berwarna-warna. meragam <b>1b> bernyanyi; berlagu. <b>2b> membubuh warna pd; mewarnai. <b>3b> berperangai atau berkelakuan tidak menentu. seragam <b>1b> sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. <b>2 b>sesuai; sepakat. <b>menyeragamkanb> menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. <b>keseragamanb> keadaan seragam. penyeragaman perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan. | Kamus Pelajar |
jenis | <b>1.b> golongan benda-benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan dll) yg sama sifatnya atau bangsanya: Pinang dan kelapa termasuk dlm ~ palma. <b>2.b> = <b>~ kelaminb> sifat kelamin (sama ada lelaki atau perempuan): Apa ~ anak kamu yg baru itu? <b>3.b> bagai; macam; kualiti: pelbagai ~ bermacam-macam. <b>berjenis-jenisb> bermacam-macam; berbagai-bagai. <b>menjeniskanb> membahagi-bahagikan menurut golongan atau jenisnya. <b>penjenisanb> perbuatan atau hal menjeniskan. <b>sejenisb> semacam; sebangsa. | Kamus Pelajar |
kalang; | <b>kalanganb> <b>1.b> kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. <b>2.b> lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. <b>~ ayamb> tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. | Kamus Pelajar |
suku | <b> 3b> = <b> ~ bangsa b> golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. | Kamus Pelajar |
belah | <b>1.b> celah yg besar dan panjang (spt pd sesuatu benda yg akan pecah). <b>2.b> pecah menjadi dua bahagian: Biar retak asalkan jangan ~. <b>3.b> bahagian drpd sesuatu yg berpasangan spt kaki, mata dsb: Dia memejamkan kedua-dua ~ matanya. <b>4.b> satu drpd golongan yg berlawanan atau bertentangan: Perkara itu telah disetujui oleh kedua-dua ~ pihak. <b>berbelahb> <b>1.b> ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. <b>2.b> terbahagi menjadi dua: Cintanya ~. <b>~ bagib> tidak tetap (perasaan pendirian dsb). <b>membelahb> <b>1.b> memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. <b>2.b> mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. <b>3.b> memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. <b>terbelahb> terbahagi dua atau terpecah: Bahtera itu ~ akibat terlanggar batu karang. <b>belahanb> <b>1.b> retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. <b>2.b> bahagian sesuatu yg sudah dibelah:~ betik itu disimpan dlm peti ais. <b>~ diri (jiwa)b> <b>a.b> orang yg dikasihi; kekasih. <b>b.b> isteri. <b>pembelahanb> perbuatan atau hal membelah:Bahagian yg paling bersih di rumah sakit ialah bilik tempat melakukan ~. <b>pembelahb> <b>1.b> alat utk membelah. <b>2.b> orang yg membelah: ~ kayu. <b>sebelahb> <b>1.b> sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan;setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. <b>2.b> arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. <b>3.b> tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. <b>sebelah-menyebelahb> pd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai-kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu. <b>bersebelahanb> berada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya. menyebelahi menyokong atau membantu sesuatu pihak; berpihak kpd:Ketua badan itu sentiasa ~ orang-orang yg sealiran dgnnya. | Kamus Pelajar |
bilang | <b>berbilangb> lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. <b>membilangb> menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. <b>bilanganb> <b>1.b> jumlah benda yg terkumpul; hitungan:Di kampung itu orang yg baik-baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. <b>2.b> tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. <b>3.b> kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. <b>terbilangb> <b>1.b> dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. <b>2.b> termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. <b>3.b> terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. <b>sebilanganb> jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. | Kamus Pelajar |
pecah I | <b> 1b> menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. <b> 2b> menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~ - ~. <b> 3 b> terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. <b> 4 b> tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. <b> 5 b> bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. <b> berpecahb> mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu mereka ~ ke arah masing-masing. <b> berpecah-pecahb> bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. <b> memecahkanb> <b>1 b>menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? <b>2b> menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. <b>3 b>membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? <b>pecahanb> <b>1b> benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. <b>2b> angka yg bukan angka bulat spt ½, ¼, ¾, dll. ~<b> wajarb> pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya spt 1/3, 2/3 dsb. <b>perpecahanb> perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau <b>berpecah-pecahb>: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. <b>pemecahanb> perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah <b>1 <b>orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. <b>2 <b>alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. <b>pecah belah<b> <b>1<b> tidak bersatu lagi: <b> Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~.<b> <b>2 <b>tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: <b> Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. <b> <b>berpecah belah <b> menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai:<b> Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.<b> | Kamus Pelajar |