Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teterapansarung keris yg dilapis dgn emas atau ditatah dgn permata: ~ keris; keris ~ keris yg beralur panjang di tengah-tengah bilahnya; berteterapan bertatahkan permata.Kamus Dewan Edisi Keempat
lok IIkelok atau liku pd mata keris: cuba lihat keris-keris itu, yg ~ 3, 4, 5 hingga ~ 12 pun ada; berlok mempunyai lok, berkelok: keris ~ tujuh; berlok-lok mempunyai beberapa lok: keris yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
harubi; keris ~ sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja), keris merubi, keris bawang sebongkol; ® keris.Kamus Dewan Edisi Keempat
keris harubisj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja), keris merubi, keris bawang sebongkol; ® keris.Kamus Dewan Edisi Keempat
sundang, = keris ~ keris yg bilahnya lebar spt bilah pedang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyalang; keris ~ keris yg digunakan utk menyalang; tempat ~ bahagian di antara tulang selangka dgn leher (tempat menyalang).Kamus Dewan Edisi Keempat
pandakpendek: keris ~ keris pendek. memandakkan menjadikan pandak; memendekkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wasiat IIpusaka: keris ~ keris pusaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wasiat II1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sempena Iberkat, tuah; keris ~ keris yg berlok tiga (lima, tujuh); meng-ambil ~ mengambil berkat; bersempena mengambil berkat (drpd): per-tunjukan MAHA pd tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh; menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kpd.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas