pemulihan | perbuatan memulihkan, pengembalian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengelodakan | pembentukan atau pengenapan kelodak: sebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yg tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yg tidak bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulih I | kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd keadaan yg semula, membaikkan, menyembuhkan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulangkan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengembalian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelodak | kotoran spt habuk tanah, lumpur, pasir dsb yg mendak dan berkumpul di dasar sungai, longkang dsb; berkelodak mengandungi atau dicemari kelodak: air lebihan yg ~ mengalir terus ke sungai sehingga boleh merosakkan banyak hidupan akuatik; pengelodakan pembentukan atau pengenapan kelodak: sebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yg tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yg tidak bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengelodakan | proses terbentuk atau terjadinya kelodak: Sebahagian besar ~ disebabkan oleh kerja-kerja mengorek tanah yg tidak terkawal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembetungan | 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembetungan | 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanam | ; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, berkebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betung I | ; membetung membubuh paip utk membuat saluran air, najis dll. pembetungan 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. pembentung 1 sesuatu yg berbentuk bulat, panjang dan berongga di dalamnya (spt bentuk buluh) utk menyalurkan air dsb. 2 saluran paip utk menyalirkan najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larik | ; melarik 1 melicinkan dan menjadikan bulat dgn alat tertentu (bkn kayu, logam dll); membindu: Kerja-kerja ~ memerlukan ketelitian. 2 melicinkan dan membulatkan kayu, logam dsb dgn alat tertentu: Kaki kerusi itu siap dilarik. 3 mengorek atau melubangi sesuatu (dgn bor dsb): ~ lubang skru. larikan hasil drpd melarik. ~ kasar larikan yg dilakukan pd peringkat awal (sebelum larikan kemasan). ~ kemasan larikan yg dilakukan (selepas larikan kasar) utk melicinkan sesuatu. pelarik alat utk melarik (gading, kayu dsb); alat utk membentuk belanga (labu air dll) drpd tanah liat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |