mencelah-celah | masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencelah | 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, menyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn perubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencelah | 1. masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2. memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakapan saya, pemuda itu terus ~. | Kamus Pelajar |
menyelang | 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelang | 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kerana diselang dgn lawak jenaka dan nyanyian. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyela | 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menambah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyeletuk | mencelah (menyela, menyelang, menyampuk) percakapan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelangi | mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyarung | mencelah (per-kataan orang), menyampuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjampuk | mencelah (memotong) percakapan orang, menyampuk: awak ini biadab, suka ~ percakapan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |