Minang | singkatan bagi Minangkabau: orang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminang-minang | menimang-nimang; ®timang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinang III | Mn; meminang-minang menimang-nimang; ®timang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedatangan | 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikat hati | memujuk-mujuk dan menarik-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikat | 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, menjebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikat I | ; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, menjebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat; pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~; pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jenis | 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan): perkataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, golongan (dlm masyarakat dll): di Minangkabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri; berjenis bp elok (barang, perangai); berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai; menjeniskan membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan) menurut jenis; penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan, pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg menunjukkan ~ struktur sintaksis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang | 1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lambaikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan mencuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd perempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) mendatangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |