Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (opéc) akronim bagi Organization of Petroleum Exporting Countries (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata OPEC


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
OPEC(opéc) akronim bagi Organization of Petroleum Exporting Countries (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum).Kamus Dewan Edisi Keempat
merangkaikanmenghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkaibeberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi ditulis­kan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (meng­hubung­kan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas