keserasian pin(pin compatible) | Sifat peranti atau cip yang dapat ditukar ganti dengan peranti atau cip lain yang mempunyai bentuk dan kedudukan pin atau palam yang sama. | Kamus Komputer |
suap pin(pin feed) | Sistem penyaluran kertas cetakan yang menggunakan penggiling berpin untuk menggerakkan kertas cetakan yang berlubang di tepi | Kamus Komputer |
pin susup | pin yg digunakan utk memasukkan tali (getah atau reben) ke dlm kelim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pin I | sj jarum yg digunakan utk mencucukkan dan melekatkan sesuatu pd benda lain, pasak, peniti, semat; ~ susup pin yg digunakan utk memasukkan tali (getah atau reben) ke dlm kelim; mengepin mengenakan pin pd (baju dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pin | 1 semacam jarum yg terdiri drpd berbagai-bagai bentuk, yg digunakan utk menyematkan sesuatu pd benda lain; semat. 2 batang besi kecil yg terdapat pd plag dan digunakan utk menyambungkan plag dgn soket. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
PIN | akronim bagi personal identification number (nombor pengenalan peribadi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pin II | (dlm permainan boling) objek drpd kayu atau bahan sintetik yg berbentuk spt botol, yg disusun secara berkelompok utk dijadikan sbg sasaran pukulan bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PIN | Singkatan bagi personal identification number. Lihat nombor pengenalan peribadi. | Kamus Komputer |
pin | Penyambung terjulur pada palam atau cip litar bersepadu yang digunakan untuk menyambungkan palam atau cip pada sistem lain. | Kamus Komputer |
pin | 1 semacam jarum yg terdiri drpd berbagai-bagai bentuk yg digunakan utk menyematkan sesuatu pd benda lain; semat. 2 batang besi yg kecil yg terdapat pd plag dan digunakan utk menyambungkan plag dgn soket. | Kamus Pelajar |