parlimen /parlimén/ | majlis yg mempunyai kuasa tertinggi utk membuat undang-undang. | Kamus Pelajar |
parlimen | /parlimén/ majlis yg mempunyai kuasa tertinggi utk membuat undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
parlimen | majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Dewan Negara; berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ahli parlimen | anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembubaran Parlimen | perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berparlimen | 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parlementer | (parleméntér) IB yg mengenai parlimen, menurut sistem parlimen: membubarkan sistem kabinet ~ dan kembali ke Undang-Undang Dasar 45. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
interpelasi | IB soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dlm parlimen oleh ahli-ahli parlimen kpd kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembubaran | perihal (tindakan dsb) membubarkan: ~ Dewan Rakyat; ~ syarikat; ~ Parlimen (Udg) perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pilihan raya | pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb; ~ kecil pilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri; ~ Negeri pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; ~ Parlimen pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat; ~ umum pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |