hijrah | Ar 1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; 2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~; berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik; menghijrahkan memindahkan (diri dll); penghijrahan perihal menghijrahkan (pemindahan dr satu tempat ke tempat lain); perhijrahan perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan; pehijrah orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak mendapatkan perlindungan diplomatik membanjiri pekarangan kedutaan itu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
SAW | kep Sallallahualaihiwasallam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hijrah | perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. berhijrah 1 berpindah dr Mekah ke Madinah (bkn Nabi Muhammad SAW). 2 meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: Mereka ~ ke bandar utk mencari pekerjaan. menghijrahkan memindahkan (tentera dsb) ke tempat lain. perhijrahan perbuatan atau hal berhijrah; perpindahan. penghijrahan perbuatan atau hal menghijrahkan; pemindahan. penghijrah orang yg berhijrah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Israk | peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam di Mekah ke Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis. ~ mikraj peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam ke Masjidilaqsa, seterusnya naik ke langit, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Israk | Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari (dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa); ~ Mikraj Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahun Hijrah | tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalifah | pengganti Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama atau raja yg memerintah di beberapa buah negara Islam: Sayidina Abu Bakar telah dipilih menjadi ~ selepas wafat Nabi Muhammad SAW. ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbirkan dunia ini mengikut syariat Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hadis | Ar sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (utk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam): ada sepotong ~ Nabi SAW yg dapat memberi jawaban tepat kpd kemusykilan ini; berhadis bercakap (berucap) dgn menggunakan hadis sbg dalil: dia ~ utk menguatkan hujahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syafaat | Ar kelebihan yg dikurniakan Allah kpd Rasulullah SAW utk menolong umatnya di padang mahsyar kelak: barang pintanya dikabulkan Allah SWT dgn berkat ~ Nabi Muhammad SAW. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalifah | Ar 1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak; 3. ark ketua murid; kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |