ta marbutah | huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ta | 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Ta | simbol kimia bagi tantalum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ta | (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf ke-17 abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selaput mata | kulit tipis yg menyelaputi biji mata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selaput | kulit tipis yg menyaluti bahagian-bahagian benda hidup: ~ mata kulit tipis yg menyelaputi biji mata. berselaput bersalut kulit tipis. menyelaputi ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikhfak | Ar bunyi nun mati (sukun) atau tanwin yg didengungkan sepanjang dua harakat ketika bertemu dgn salah satu drpd huruf ta, sa, jim, dal, zal, zai, sin, syin, sad, dad, ta (tO), za, fa, kaf, qaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampar | ; batu ~ batu besar yg rata lagi lebar; menghampar 1. terbuka luas, terpapar: tanah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat; menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih; menghamparkan 1. membentangkan (tikar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar); terhampar 1. terbentang, terbuka luas: tanah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~; hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg menguning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer; sehamparan satu hamparan: orang Sepanyol memiliki ~ tanah yg luas dgn hak memugut pajak dan ufti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertahap-tahap | ada tahapnya; berperingkat(-peringkat): Pembinaan projek itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taifah | (ta.i.fah) Ar golongan, kaum, suku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |