kod p(p-code) | Kod khas yang diperoleh daripada penterjemahan fail kod sumber yang dilakukan oleh penyusun. Pentafsir khas pada komputer hos diperlukan untuk menukarkan kod p kepada kod objek yang boleh dilaksanakan. | Kamus Komputer |
pergigian | perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paduka | 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato’ P~; Imam P~ Tuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbadanan | agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;P~ Kewangan Antarabangsa;P~ Kemajuan Ekonomi Negeri;P~ Perfileman Nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persatuan | 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesta | (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai; ~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagaibagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll); memestakan 1. merayakan (sesuatu peristiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri; pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
P’cis | Id kep Perancis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
P. | kep Pulau: ~ Pinang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
P | simbol kimia bagi fosforus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
P | huruf ke-16 abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |