abadi | tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
abadi | tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. | Kamus Pelajar |
kekal | ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekal | ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi:Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan:Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. | Kamus Pelajar |
abadi | Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekal | tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekal abadi | kekal utk selama-lamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekal abadi | kekal utk selama-lamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibun abadi | tanah lapisan bawah yg beku sepanjang tahun spt yg terdapat di kawasan kutub; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keabadian | keadaan abadi: ~ Ilahi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |