Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ʕa.bi.din]/[a.bi.din] | عابدين

Definisi : Ar jamak bagi abid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abidin


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
abidinAr jamak bagi abid.Kamus Dewan Edisi Keempat
KUSZAakronim bagi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlindungkansl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah;Kamus Dewan Edisi Keempat
memohonmeminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pohon II; memohon meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. pemohon orang yg memohon; peminta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pohon II; memohonmeminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. pemohon orang yg memohon; peminta.Kamus Pelajar
mendatangi1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran);Kamus Dewan Edisi Keempat
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
datang1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lam­baikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan men­cuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd pe­rempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau se­baik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut jan­jinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) menda­tangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas