abjad | 1 urutan huruf Jawi yg disusun menurut nilai drpd satu hingga seribu (spt alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4). 2 susunan atau urutan huruf dlm sesuatu sistem tulisan (spt a, b, c dlm sistem huruf Rumi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
abjad(alphabet) | Set aksara sesuatu bahasa yang hanya meliputi huruf yang digunakan dalam penulisan, tidak termasuk nombor dan simbol. | Kamus Komputer |
abjad | 1. urutan huruf Jawi yg disusun menurut nilai drpd satu hingga seribu (spt alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4 dst). 2. susunan atau urutan huruf dlm sesuatu sistem tulisan (spt a, b, c dlm sistem huruf Rumi dll). | Kamus Pelajar |
abjad | 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menurut (urutan) abjad | menurut urutan huruf dlm abjad; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kod abjad(alphabetic code) | Atur cara atau kod yang mengandungi abjad sahaja. | Kamus Komputer |
isihan abjad angka(alphanumeric sort) | Kaedah pengisihan objek mengikut susunan angka, susunan abjad, atau kedua-duanya sekali. | Kamus Komputer |
ta | 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamzah | 1. huruf ke-28 abjad Arab; 2. huruf ke-33 abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ha pedas | huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan); 2. huruf ketujuh abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |