ada tempohnya | ada kalanya, kadang-kadang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa I | 1 hari atau bahagian hari yg tidak ditentukan bila (boleh jadi telah lalu, sekarang ataupun akan datang); ketika; waktu: ~ dan tempat mesyuarat itu diadakan, tidak disebut. 2 jangka waktu tertentu yg ada awal dan ada akhirnya: ~ kerja; ~ sekolah. 3 waktu yg agak lama tempohnya dan ada sesuatu peristiwa penting berlaku; zaman: Pd ~ Jepun dahulu, saya masih kecil. ~ capaian ist masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses. ~ nyata a. masa sebenar berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. b. bkn sistem pemprosesan komputer dlm talian yg menerima dan memproses data secepat mungkin utk menghasilkan aktiviti atau proses berterusan. ~ rosak ist selang atau tempoh masa apabila sesuatu peranti tidak dpt beroperasi disebabkan berlaku kerosakan pd peranti tsb. pemasa alat utk mengukur dan mengawal masa operasi atau masa berjalannya sesuatu mesin, peralatan dsb. semasa 1 pd ketika; pd waktu: Dia datang tadi ~ saya tidak ada di rumah. 2 sedang berlaku atau bkn masa kini (sekarang): hal ehwal ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudah | 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Pd awal bulan ~, saya ada datang ke mari. Perkara yg ~ janganlah dikenang. | Kamus Pelajar |
lelap | 1 tidak sedar (ketika tidur); nyenyak; nyedar; lena: Anaknya tidak ~ tidur kerana sakit gigi. 2 tidak ada lagi; habis: Segala hartanya sekarang sudah ~. 3 tidak dpt ditebus lagi kerana sudah habis tempohnya (bkn barang gadaian). melelapkan memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. terlelap terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. pelelap orang yg kuat tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panjang | 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini, tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panjang | 1 banyak ukurannya dr hujung ke pangkal; jauh jaraknya; tidak pendek: Sungai mana yg paling ~ di Malaysia? 2 banyak masanya atau tempohnya; tidak sekejap; lama: Kalau umur ~, kita akan berjumpa lagi. 3 jarak atau ukuran dr hujung ke pangkal; jauh di antara dua sempadan: Berapa kilometerkah ~nya Sungai Pahang? ~ akal (fikir) dpt berfikir dgn baik. ~ bulat panjang serta bulat bentuknya spt bentuk buluh. ~ ekor berani berbuat sesuatu kejahatan atau melanggar peraturan. ~ lampai bentuk badan yg kecil tinggi. ~ tangan suka mencuri. ~ umur lama hidupnya. berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: Dlm hal ini tak usahlah saudara ~ kerana kami semua sudah maklum. berpanjangan berlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~. memanjang 1menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. memanjangkan menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. memperpanjang menjadikan lebih panjang. sepanjang 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku mereka tidak pernah datang ke sini. | Kamus Pelajar |
jatuh | 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |