resam II | 1. adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat; adat ~ adat (aturan) yg biasa; hukum ~ ark hukum adat; 2. pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat: dlm pantun banyaklah terdapat perasaan, fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu; ~ tubuh Id keadaan tubuh; seresam sesuai; ~ dgn sesuai dgn; resaman resam; ® resmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resam II | 1 peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun: adat ~ peraturan atau adat yg biasa. 2 apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
resam II | 1 peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun: adat ~ peraturan atau adat yg biasa. 2 apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan. | Kamus Pelajar |
kolot | kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg berpegang kuat pd adat resam kuno; kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatacara | 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ pembentukan istilah; ~ permohonan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adat | 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perpatih | 1. sl panggilan utk orang besar di Sumatera (zaman dahulu); 2. = adat ~ adat orang Minangkabau (diamalkan oleh setengah-setengah penduduk Negeri Sembilan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adat | peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membelenggu | 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang I | 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb sumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |